16 May 2012

Macam mana nak print kertas depan belakang/ How to print on both sides of the paper

Salam:))

Hai kawan-kawan. Let's begin,


1. Firstly, anda harus tekan Ctrl+P, ataupun secara manualnya, anda klik File, dan klik pada Print.

2. Lalu Print box akan pop-out secara tiba-tiba.

3. Then, jangan tick pada "All", pilih pada "Selected Pages" sahaja. Pastu, letak page yang nombor ganjil sahaja, contohnya 1,3,5,.... Contoh,

"Google Chrome"

"Microsoft Word"

4. And klik Print, lepastu anda susun kertas yang telah diprint tadi elok-elok. Contoh camni ye,

Page 1,3,5

5. Masukkan kertas yang telah disusun tadi ke dalam printer balik elok-elok, macam mana nak cakap elok-elok tu ye? Ahh tengok lah gambar kat bawah ni. Taktau aku nak menerangkannya.

Ini lah maksud aku letak kertas tu elok..CARA BETUL. Page yang bertulis  pula ada kat depan bukan kat belakang. 

Ha...ini CARA SALAH. Kertas dia terbalik. 

6. Dan anda masukkan selected pages yang nombor genap pulak. Contoh 2, 4,...

"Google Chrome"

"Microsoft Word"


7. Lastly print! Okay, adakah jelas disitu? Kalau tak paham jugak, sila jangan malu bertanya, kerana bak kata pepatah "Malu bertanya sesat jalan". Contoh macam anda nak pegi Kedai Foo Yee, kalau anda taktau jalan ke kedai tersebut, anda harus tanya orang yang ada dekat-dekat situ. Kalau anda taktanya, sampai tahun depan pun anda taktau dimanakah Kedai Foo Yee. okay wassalam. 


P/S: masa kecik-kecik aku selalu pegi kedai Foo Yee even duit sebenarnya takde pun. Weh korang tau ke kedai foo yee kat mane? tetibe je aku ni.

07 May 2012

Buat Sendiri : Buang Bintik Putih/Bintik Hitam(Whiteheads/Blackheads)

Salam:))


Hai, ini aku Bella lagi dan lagi dan lagi. Hari ini aku nak tunjuk cara-cara nak buang bintik putih or bintik hitam sendiri-sendiri punya! Takpayah nak pegi Watson/Guardian/Tesco and so on untuk membeli masker. Bukak peti ais and almari dah dapat bahan-bahan untuk membuat masker sendiri. Simple jer bahan-bahannya.


1.Toilet Paper/ Tisu
2.Telur putih


Ha..dua bahan je. Okay cara-cara dia adalah :

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Tapi ingat! harus asingkan telur putih dan telur kuning. Ha...lepas dah asingkan tu ambik yang kaler putih punya sahaja, yang kuning anda boleh goreng.

2. Then, anda kacau telur putih dgn garfu and anda sapukan telur putih tersebut di seluruh muka anda atau bahagian muka yang anda suka. Terserah T_T.

3. Lepas tu, ambik tisu dan tampalkan kat muka anda. Lebih baik jika anda buat berlapis-lapis. Nanti takde la senang sangat tisu tu nak koyak kan? Maknanya..dah tampal satu lapis, lepas tu sapu lagi telur putih, dan tampal lagi tisu.


4. Okay, tunggu sampai kering dan kalau dah kering tu ofcourse la kena bukak kan? And basuh lah muka anda setelah selesai bukak masker tu.


Nota tambahan :


  • Mungkin lagi baik kalau anda letak dekat wap air yang panas dulu sebelum pakai masker ni. Biar liang roma terbuka luas seluas alam. 
  • Seperti yang kita semua tahu, telur putih kaya dengan protin, mineral dan vitamin.


Okay, selamat mencuba. Bobaii, wassalam :D

24 April 2012

Ha..tengah mengantuk lettew.

Salam:))


Hai semua, ini aku, ye aku ler, Bella. Dak Ain bakal muncul berblogging lepas dia habis SPM kot, elleh bla la dia, lepas habis PMR haritu takmuncul-muncul pun. kah3. Eh Bella, jangan mengata org.



Okay lihat tajuk diatas, aku nak bercerita pasal "Mengantuk". Sebagai seorang manusia yang normal, seperti aku dan anda-anda semua juga memang wajiblah ada perasaan mengantuk. Ha! bagi sesiapa yang tidak mempunyai perasaan mengantuk tu dipanggil sebagai penghidap Insomnia disorder. Ala..semua dah tahu kan? Jadi kita yang normal ni harus bersyukur atas nikmat yang dianugerahi oleh Allah S.W.T. Alhamdulillah...


Eh, jangan ler tersilap masuk blog plak. Aku ni bukannya terer sangat nak bagi tips hilang mengantuk, aku  nak bercerita pasal cara aku nak mengantuk je. hewhew. Pertama sekali aku nak cakap, aku memang senang gila nak mengantuk. Tengok eh, cara-cara aku mengantuk macam mana...


1. Waktu belajar
Harhar, aku rasa bukan aku sorang je yang alami benda ni. Jadi aku tak kategorikan diri aku sendiri sebagai seorang yang PELIK! Time-time sejarah and addmath la memang kuaaaat gila perasaan mengantuk tu menyelubungi diri. Satu je tips nak hilang mengantuk untuk aku pada waktu ni. Iaitu, cikgu harus cakap... "Okay, masa saya tinggal lagi 1 minit". ha..tips ni memang sangat-sangat-sangat berkesan untuk bagi mata aku segar, huahua.



2. Ceramah/Perhimpunan/Ucapan 
Time perhimpunan sekolah lah yang aku takboleh bela. Malah, kawan-kawan aku yang lain pun hairan dengan aku. Diorang cakap, "Haih bella, berdiri pon kau nak mengantuk?". Ha..kan aku dah cakap dah, aku senang gila nak mengantuk..Aku bukan mengantuk sesaje lah kan, aku mengantuk sebab ada benda boring berlaku je. Contoh la, penceramah atau pemberi ucapan ke...diorang bagi ucapan macam karangan satu isi ada huraian punyalah panjang gila macam bil telefon takbayar dua puluh tahun ,alahaaii , aku rasa macam nak rampas je mikrofon dari diorang tu. harhar, bajet aku berani. Aku baiklah, sobsob.



3. Menjadi Penunggu
Seriously aku taksuka gila menunggu orang, ha...contohnya macam teman orang pergi shopping. Aku pun suka shopping jugak, tapi aku benci menunggu orang yang shopping lama-lama tu. Jadi aku harap satu hari nanti, semua shopping complex menyediakan tempat tido khas untuk orang macam aku. hwhw. Hah! Tunggu kat tempat kerja mak aku lagi la mengantuk. hahahah. Serious taksuka menunggu >.<


4. Duduk depan almari
Bukan sahaja duduk depan almari buku, malah duduk depan almari baju sekalipun aku bakal mengantuk. Bukan sesaje aku menjadikan amalan duduk depan almari sebagai hobi. Maksud aku, aku duduk depan almari baju tu time nak pilih baju. Yes, waktu memilih baju adalah waktu yang agak memboringkan. Chei, macam aku anak raja je ada almari besar yang banyak baju tu. hahaha siot T_T




5. Seterika baju
Ahah..time nak seterika baju memang aku mengantuk. Aku taktau lah apa masalah seterika kat aku. Maybe haba dia bagi aku panas. Eh dah nama pun haba, mestilah panas. Oh lupa pulak, aku memang takboleh duduk dekat panas-panas. Ha...bukan sebab I permaisuri lilin lah you...ini sebab bila haba dekat dengan aku, memang aku ngantuk. Masalah apa tenaga haba kat aku sudah? Saje je cari pasai. hikhik. Eh tapi, aku duduk bawah aircond pun ngantuk. hahahhahaha


6. Muka yang mempengaruhi
Tengok muka orang yang mengantuk pun mempengaruhi perasaan kita jugak. Contoh macam mata kuyu. Eh maaf kepada sesiapa yang mata kuyu. Aku takde niat takde niat.

Ngantuk tak??

Fuh, tengok tu..aku senang gila nak mengantuk tau! Aku rasa aku cergas time malam sahaja. Takde sape nak kawan aku malam-malam macam ni. wuwuwuuw. aku hidup dengan laptop je, kan laptop? *Tetibe*. Eh, hari tu ada orang cakap kat aku, yang orang mengantuk ni kekurangan oksigen. Aku taktau la pulak..tapi bukan ke kalau orang yang kekurangan oksigen dia akan lemas? Bila dah lemas, selesa pulak kau nak tido kan? Cer anda ambik bantal dan tekapkan bantal tersebut kat muka anda, agak-agak boleh tido? Hehe, tapi ini ikut aku punya akal yang bajet panjang je. Tidak tahu menahu pulak pasal sains, kan orang yang nak hilang mengantuk minum air bebanyak, Air pulak mengandungi molekul hidrogen dan oksigen. Haha, setakat basic sains, semua tahu. Zzzzzz. **ngantuk**


Okaylah, nasihat pada aku sendiri jugak..banyak-banyak kan berselawat dan ta'awuz. A'uzubillahiminassyaitanirrajim. kerana sesungguhnya menguap itu datang dari syaitan. Okay bobaii, wassalam.

02 April 2012

Makan berdua-duaan

Salam:))



Tajuk aku tu sangat propa. Padahal aku makan berdua-duaan dengan Ain Syapikah ni. Kami makan kat Nando's. Hmm, memandangkan kami berdua ni suka mencuba rasa setiap jenis makanan kat alam ni, jadi kami pun try la Nando's. Ni kira first time lah kami makan kat sini, sebab Nando's ni ada kat dalam AEON mall yang baru bukak kat station 18, Ipoh. Aku rasa lah kan, aku rasa je...ni Nando's first yang ade kat Perak. Jadi memang beratur sampai ke luar Mall lah kami untuk masuk ke dalam Nando's. Tempatnye sangat sendat dan padat. Maka secara tidak langsung, dan senang cerita..first Nando's kat Perak mendapat sambutan yang begitu hangat! Yehuoo.




Atas ni gambar sos kat Nando's. Ha..cerita pasal sos kat KFC, Mc'D ape semua aku takpernah sentuh. Tetibe je aku sentuh pasal sos Nando's. Antara banyak-banyak-banyak-banyak sos kat atas tu...cer teka mana paling sedap? Yes betul, semua masin. Eh, yang tomato tu aku taksempat ambik. Yang Extra Hot tu aku rasa tak pedas pun, baik makan sambal belacan jer, lagi pedas. Lepas tu, Garlic tu masin-masin pahit. Aku ni kenapa komen pasal sos? Makanan mane? mane?






Yang atas ni aku order. Macam tempat bakar kebab yang kat pasar malam tu kan? kah3. Eh you takpernah pergi pasar malam eh? hahaha kuno, stop bella. Mula-mula, orang tu hantar makanan kat salah meja, meja tu depan kami je pun, pastu aku pun cakap la dalam hati "Huiyo gedabak giler la". Ha...tengok-tengok aku punya makanan. Malu sikit la aku dapat makanan gedabak camni. Memang menggambarkan aku seorang yang pelahap. Ha..nama dia aku suka, Espetada. Sedap kan nama dia? Kat menu list tu ade description bawah dia. Gaya dia cerita bende espetada ni macam menyelerakan, lagi pun espetada ni special dari Nando's. So, aku pun order la ini.





Ha..atas ni air yang aku order. Best kan aku? Air panjang, makanan gedabak. Memang level pelahap aku lagi tinggi dari Ain lah nampak gayanya. Nama air ni adalah Citrus Bliss. Ade peppermint, plus sprite, plus anggur kot. Entahlah, aku pun tak sure. Tapi air ni boleh buat kat rumah kot rasanya. hahaha memandai je aku. Ada resepi boleh la kot.




Ini pulak makanan yang Ain order . Nama makanan ni Quarter Chicken. Nak glemer panggil quarter, kalau nak Bahasa Melayu, panggil satu perempat. Makanan Ain ni aku taknak komen bebanyak. Rasanya boleh buat kat rumah kot. Eh, aku ni semua boleh buat kat rumah. Padahal kat rumah masak air je yang aku terer. harhar rendah diri la kau bella.





Ha.. si budak Ain ni best sikit, air pendek, makanan pendek. Jadi hilang tumpuan masyarakat setempat ke atas dia. Aku taktau lah apasal bertuah sangat aku dapat minuman panjang-panjang, makanan gedabak-gedabak. Nama air dia atas ni adalah Ice Lemon Tea. Yang ini for sure boleh buat kat rumah! kan Ain? kah3, sape suruh ko order bende alah ni.



Nando's ni aku takpernah tau pun sebelum ni. Aku kan anak mak, duduk kat rumah je. Internet ada depan mata, aku pegi main facebook. Aku tau Nando's pun dari One Direction, Niall kan suka Nando's? So, aku dapat tau ada Nando's kat AEON mall, jadi aku pun try lah dengan Ain. Ha..kat atas ni lah hasilnya. Kami pun selesai men-try try.


Komen? Nando's ni nak kata rasa dia tu memang sedap. Cuma aku rasa macam nak curi sos KFC. Okay, Nando's ni kebanyakan restorannya ada kat oversea sana tu, mat-mat saleh mane ler sentuh cili padi satu balang kan? hahaha, kesian diorang, takboleh makan pedas. Tu sebab sos Nando's yang extra hot pun aku takrasa pedas. sobsob. why matsaleh why?




Sos mane? ah tu takyah rating. Aku dgn Ain masing-masing belagak nak masuk MasterChef, boooo. Aku la paling beriya sekali, konon kedekut bintang, harhar....kurang asam terhadap diri sendiri.

Okay itu je nak update. bobaii and Wassalam

P/S: Gambar2 semua kat atas ni memang bukan dari kamera kami, curi kat Google jer. ahaks. Sape xtau gedabak tu maksud dia ape, maksudnya besar-besar gituu. Ha..kan dah ter-urbandictionary di sini.

25 March 2012

Perempuan bertudung dengan bersanggul/berjambul

Salam:))


Hai kawan-kawan. hari tu aku baca satu artikel berkenaan dengan tudung yang ade sanggul. Eh, tudung tu bukan satu set sekali dengan sanggul. Tapi orang yang pakai tu mengenakan tudung sambil nampak sanggul. Bagi diorang benda tu macam glemer gitew. kahkahkah. Tapi aku taksuka sikit, lagipun benda tu haram la..Siap ada hadith lagi yang mengatakan benda ni haram. Eh, tapi ada jugak pemakaian tudung yang ade sanggul ni tak haram. Cuma die ade syarat. Nak tau syarat dia? ha....tunggu dulu.


"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).


Hush, tak cium bau syurga langsung!  Menurut apa yang diperkatakan oleh Ustaz Nor Zamin ,


Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.


So, kesimpulannya siapa yang rambut panjang dan lebat tu, boleh la jugak buat sanggul...tapi rendah-rendahkan. Jangan sampai menarik perhatian orang. Ha...aku kalau nampak orang buat sanggul tinggi-tinggi, mesti rasa nak tergelak. Sebab nampak macam kepala diorang semulajadi besar. hahaha. Dah ghope Alien pun boleh. Jom bayangkan alien pakai tudung.






Hahaha, ade gaya ade gaya. Padahal alien punya kepala memang semulajadi besar. Tak macam orang pakai sanggul tinggi ni, diorang memang sesaje buat-buat besar. Er, maksud aku..buat kepala diorang besar. hahaha. Ade satu benda sadis ni lagi sadis, ada orang jual skaf yang memang dah tersedia dengan sanggul. Ha..ini lagi melawakkan~ dan sadis -,- haha.





Memule aku jumpe menatang ni, seriously aku terkezut giler. Hahaha, dan aku rasa siapa yang pakai ni desperately nak sanggul tinggi. Cer pakai kepala original? Takyah nak besar-besar sangat lah kan? Jujurku katakan, aku bangga ada kepala ori. lol. 



Yang menulis,
Bella 
Wassalam :D